PSS

PUSAT SUMBER SK SERI NEGERI, LANGKAWI

Pusat Sumber SK Seri Negeri akan :

Memastikan warga sekolah mendapat peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah

Sentiasa berusaha memenuhi keperluan pelanggan Pusat Sumber berdasarkan sumber-sumber sedia adadan yang diperuntukan oleh Kementeriaan Pelajaran Malaysia

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber sentiasa bersedia untuk menerima cadangan,nasihat,idea dan teguran

dalam usaha meningkatkan mutu pengurusan dan peranannya sebagai Pemangkin Kecemerlangan  Pendidikan Sekolah



VISI
Menjadikan Pusat Sumber SK Seri Negeri sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat

MISI

Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber  dan teknologi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah secara berkesan.


Objektif Pusat Sumber

Kecemerlangan Pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berbantukan sumber yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif di kalangan murid.

Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak bergantung kepada buku teks semata-mata.

Pemupukan tabiat Belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca,menyelidik,ulangkaji melalui pencarian maklumat secara sistematik.

Penghasilan Bahan
Membantu guru-guru menghasilkan bahan Bantu mengajar menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.

Kemahiran ICT dan Maklumat
Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mempelajari,menggunakan dan mengaplikasi komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Matlamat Pusat Sumber 

Pusat sumber SK Seri Negeri akan :

  • Mempunyai barisan pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang berkemahiran, efektif dan berwawasan


  • Menjadi pusat akses maklumat serta taman ilmu dan budi


  • Mempunyai guru yang berkualiti dan menguasai kemahiran pusat sumber dan berpengetahuan menggunakan pelbagai sumber selari dengan konsep Sekolah Bestari


  • Melahirkan iindividu-individu yang berkembang dalam potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu, sesuai dengan perkembangan zaman.

GALERI